Khamis, Disember 30, 2010

Masakan kambing ala Zadidhati

MASAK KAMBING VERSI ZATI D'HATI

minyak
Rempah penumis - Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
bawang putih - ketuk saja
bawang kisar
halia kisar lada
kisar rempah kari- bancuh likat dengan air susu cair
sos tomato daun saderi satu pohon, simpulkan
garam gula
serbuk perasa jika suka

Kaedah:
1. panaskan minyak.
2. tumis rempah penumis hingga naik bau. Masuk bawang putih, naik bau.
3. masuk bawang kisar dan halia hingga hampir garing, baru masukkan lada.
4. Garingkan lada. Masukkan rempah kari, kacau hingga terbit minyak dengan api perlahan. kemudian masukkan gula. kacau dan tunggu gula cair/hangus. Warna rempah akan bertukar warna kerana gula mencair. Masukkan sos tomato .
5. Masukkan daging, renehkan.
6.Masukkan air. Tunggu hingga empuk.
7. Bila empuk masukkan susu cair.
8. bila pekat, masukkan daun saderi yang telah disimpul.
9. Rasa, tambahlah apa yang patut secukupnya.
10. Nak sedap lagi, tabur bawang goreng.

Pengalaman Zati D'hati:
1. Tiap kali masak daging, memang aku letak akar betik. Malas lama-lama di dapur.
2. Aku agak cerewet fasal tumis menumis. Garingkan bawang, baru aku masukkan lada, dan garingkan lagi. Kalau masuk sekaligus, tak kena rasanya dengan tekak ni.
3. Bonda dah ajar, kalau masakan ada gula, masukkan gula, hanguskan gula dulu. warna kuah akan jadi lebih cantik dan rasa gula yang dicairkan itu lebih sedap daripada campak gula kemudian.
4. Ada orang letak garam, gula kemudian. Tapi aku suka letak awal supaya rasanya itu sebati dengan daging waktu proses renih.
5. Reneh? Orang tua dulu kata - mati air. ertinya habiskan air asal dalam daging, baru masukkan air.

Noor Rikha:
Sedaap masakan ni. Pi sana memang mintak lauk ni. Kat rumah, bila nak masak daging kambing, guna resepi ni. MEMANG SEDAP.
Terima kasih Zati dan Cikgu Azli

Rabu, Oktober 06, 2010

RESEPI CORNFLAKES CLUSTER PRALINE

Bahan - bahan ;
150 gm cornflakes
50 gm almond strip - bakar dulu
50 gm hazelnut paste @ nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Hiasan :
White coklat - secukupnya & papercup

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
3. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.
4. Dah siap.. dapat dalam anggaran 70 pcs...
5. Nak cantik... hias dengan white coklat-- cairkan dulu & masukkan dalam pipping bag..
6. Dah siap... sejukkan sekejap... packing dalam bekas...

Saya tak buh dark choc sebab tak suka warna gelap dia tu ha ha ha
Tapi masih sedaaaap....
Gambar? tak ambik sebab tak lawa sebab saya tak drizzle dengan white choc...lupa......

Resepi ni dari Chef Asma

Isnin, Ogos 16, 2010

Kek Buah Basah (Kukus)

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
300 g gula halus
625 g mentega Golden Churn/ SCS

1 sudu teh esen vanilla (saya tak bubuh)
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) (saya tak bubuh)

5 biji telur - GRADE A – besar (kalau GRADE B - 8 biji)

ayak bersama
600 g tepung gandum
2 sudu teh bicarbonate of soda

2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus

500 g buah-buahan campuran- gaul rata dengan sedikit tepung

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan
esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan
tangan sehingga ia sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah
mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan
kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul
sebati dengan adunan mentega.
4. Masukkan tepung, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah
sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan
tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati
5. Tuang gula hangus yang masih panas, kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan
senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
6. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul
cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap
kedasar kek bila ia dikukus.8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan
mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan
pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah
selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama
kukuslah selama 4 jam.

Selasa, Ogos 10, 2010

Kek Lobak Merah




Pada 7.8.2010 saya telah mencuba resepi ini, dah pernah buat dulu, ni nak ulangkaji dan nak perabih bahan yang ada kat rumah, takut rosak terutama walnut yang mahal tu. Dah buat tu jadi banyaklah pulak. Saya dengan ustaz aje kat rumah.


Maka pada hari semlam Isnin 9.8.2010 saya pun menghibahkan kepada rakan-rakan saya iaitu Zura SK Bdr Jengka sebab memang nak jumpa dia,(diliver CMCC drizzle, kawan -kawan Ustaz di UiTM dan anak-anak di maahad (Muna dan Lina).

Hmmm habih semua saya bagi kat orang, tak tinggal sikit puin kat rumah. Seronok dapat beri orang makan apa yang kita buat. Namun saya agak terkilan sebab tak sempat nak buat kek KUkus Buah Basah untuk diberi rakan dan taulan.

BEST CARROT CAKE EVER
Resepi Diana - AllRecepi

Bahan-bahannya

4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen vanilla

1 cawan nenas, dihancurkan dan tapis airnya (Ni saya tak bubuh)

Ayak bersama
3 cawan tepung gandum serbaguna
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
4 sudu teh serbuk kayu manis(Ni pun saya tak bubuh)


6 cawan lobak, diparut
1 cawan gula perang (brown sugar)
Satukan dalam satu bekas( Selepas 1 jam campurkan kismis)

1 cawan kismis

1 cawan kacang walnut, dicincang

Cara-cara:
1. Dalam bekas, campurkan lobak dan gula perang. Ketepikan untuk sejam dan campurkan
bersama kismis.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah C. Sapukan mentega dan salutkan tepung pada dua
loyang pembakar kek berukuran 10 inci.
3. Dalam bekas yang besar, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit,
minyak dan juga esen vanilla.
4. Campurkan nenas.
5. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam, serbuk kayu manis dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan adunan lobak tadi dan kacang walnuts. Tuangkan kedalam loyang kek
dan ratakan.
4. Bakar selama 45- 50 minit dalam ketuhar atau sampai kek masak.

Gunakan lidi untuk cucuk kek dan test sama ada lidi itu bersih. Sejukkan
selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang Bila sejuk boleh dihiaskan
dengan frosting krim keju.

Ulasan peribadi:
Sedap dan lembap. Tak manis sangat, sedang elok aje.
Saya ikut suhu yang disarankan tetapi mungkin sebab ia tebal(saya guna loyang empat segi 9 x 9 inci) dia tak masak lagi kat dalam. jadi saya naikkan suhu hingga 185 darjah kot dan tambah dalam 20 minit lagi. Kulit atas jadi agak kering. Lepas ni kena laras kan suhu yang betul.
Apa-apa pun memang kek ni sedap

Sekarang saya buat setengah adun dan bakar dalam loyang 7 x 7 inci di bawah suhu 175Cc selama 45 - 50 minit. Alhamdulillah OK

Ahad, Ogos 08, 2010

Kek Pelangi Chef Noraini

Resepi ini saya dapat semasa menghadiri kursus ditempat Chef Noraini di batu Caves. Sedap kek ni. Boleh guna pure butter atau margerin. Sedap belaka. Kalau nak jual murah guna lah margerin tapi saya lebih suka guna pure butter. Vanila, saya tak menggunakan esen vanila tetapi menggunakan vanila yang diperam dengan gula, hmmmmm wangi dan lazat.....

Kek Pelangi Chef Noraini

Bahan-bahan:
250g butter/margerin
200g gula
4 biji telur

Ayak bersama
220g tepung
1 tsp serbuk penaik

30g susu

1 tsp vanilla
Pewarna

Cara Membuat:
1. Sediakan tin pembakar bulat 8 (4segi, 7 inci) inci dan
griskan dengan mentega. Lapis kertas serap minyak.
2. Satukan butter dan gula hingga kembang dan putih
serta gebu(high speed).
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil diputar hingga
sebati (medium speed)
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli
dengan susu bermula dgn tepung dan berakhir dgn
tepung.
4. Masukkan vanilla dan kacau sebati.
5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan 2 bahagian
dengan warna yang dipilih. Satu bahagian biarkan
dengan warna asal.
6. Ambil sesudu lagi adunan berwarna dan letakkan
setompok ditengah diikuti dengan warna yang sehingga
habis.
7. Goyang acuan hingga adunan menjadi rata.
8. Bakar bawah suhu 150°C selama 45 minit

Muffin Strawberry

Resepi ini saya ambil dari blog Chef Farid(Bakeriria). Sedap muffin ni. Saya pelbagaikan filling dia. Kawan-kawan pun kata sedap. Cubalah ye kawan-kawan, tak rugi.

Muffin Strawberry

Bahan-bahan:
1. 200 gram Gula Halus

200 gram Butter

2. 6 biji Telur

3. 385 gram Tepung Cake
5 gram Baking Powder

4. 100 ml UHT Milk

5. 100 gram Minyak Masak

6.Strawberry Filling

Proses Kerja:
*Adunkan 1 hingga putih
*Masukkan 2, adun hingga kembang
*Kemudian masukkan 3, adun hingga sebati
*Masukkan 4, adun, diikuti masukkan 5
*Rehat kan doh dalam Chiller selama 2 hari(Saya tak simpan pun, terus bakar je)
*Masukkan doh ke dalam Paper Cup, hiaskan bahagian atas doh dengan Strawberry Filling.
*Bakar dengan suhu 200 C atas dan 190 C dibawah. selama 30 minit

Cotton Soft Japanese Cheese Cake







Resepi ni saya jumpa di fp sweetlily. dah berzaman dalam folder Kek Keju saya. 4.8.2010 Allah menyuntik semangat dan kudrat untuk menghasilkan kek ini. Hasilnya cukup memberangsangkan, sedaaaappppp.......



Bahan-bahan ( 8-inci );

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 camb jus lemon
1/4 camt garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 camt jus lemon


Cara-caranya;
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler.
2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
3. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus
lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tartar, sampai
berbuih-buih (foamy).
5. Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
6. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah
gebu tu & kacau sampai sebati.
7. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan
bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking.
8. Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek dalam kira-kira sejam,
dengan cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C.

Rabu, Ogos 04, 2010

Resepi Ayam Omak


Hari Isnin (2.8.2010), cari resepi berasaskan ayam di dalam koleksi resepi saya.

Huh, banyak juga koleksi saya. Cadangan asal nak buat rendang sebab teringat pokok kunyit ustaz yang subur lebar daunnya. Tapi buka file sana, buka file sini, semua terliur (puasa la katakan). Akhirnya saya pilih resepi sumbangan cak (cakcibur).
Hasilnya: sedaaap. ustaz makan bertambah-tambah. Hmmmm........seronoknya saya.
Boleh dijadikan juadah hari raya nanti. Untuk berbuka pun sesuai. Apalagi bersahur. Menarik minat anak-anak bersahur.
Seperti biasa, saya ni masak main campak-campak aje. tak berapa ikut sukatan, ikut suka hati den, secukup rasa hi hi hi.
Untuk anak daraku Lina, tak leh makan dia ni, podeehhhh. kurangkan lada hitam atau cili padi atau salah satu dikeluarkan.
resepi ayam omak
utk 1/2 ekor ayam
ayam- gaul dulu dengan kunyit hidup/kunyit serbuk- ketepikan
satu btg serai saiz L halia sebesar ibu jari kaki saya (saya besar tau, saiz XL)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10-15 biji cili padi
- tumbuk halia, bawang merah, bwg putih, cili padi
-serai diketuk-ketuk
tumbuk halus semua benda ni:
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh lada hitam
then rempah menumis : empat sekawan
cara :
tumis dulu empat sekawan, then masukkan rempah yg dah ditumbuk ..
tumis sampai naik bau gitu.
then boh bahan tumbuk bawang, cili, halia etc tuh..
boh sekali serai. tumis sampai agak masak cili semua... baru masukkan ayam. jgn boh air. layukan dulu ayam sampai kecut..nnt dia kuar air..
bile dah kecut ayam, baru boh air dlm 1 mangkuk besar, plus minus 500 ml gitu.
campak sekali asam keping sekeping aje (cak tak suka masam).. tunggu sampai air kering, baru boh garam dan sikit gula

Selasa, Ogos 03, 2010

Nasi Ayam Penyet versi Noor Rikha

Nasi Ayam Penyet versi Noor Rikha




Bahan perap: guna resepi dari resepi4u.

Bahan rebus ayam: guna resepi Hajah Rohana

Sambal goreng: cili padi, cili merah, bawang, ikan bilis, tomato

Nasi: ambil air rebusan ayam dan masak seperti resepi Hajah Rohana. Saya tak guna pun stok kiub ayam(tak ori la kan....)




Hasilnya:

Nasi: sedap tapi agak kering. lain kali tambah air lagi sikit. dan tawar sebab lori garam tak datang ha ha ha

Ayam: sedap, rasa rempah dia tapi keringlah, sbb golek-golek aje dalam tepung kot. lain kali buat salut macam pisang goreng lah.




Sambal goreng: memanglah sedap. Dah biasa dah buat sambal ni cuma biasanya saya tak bubuh tomato. Wong jowo kan, sambal goreng dah biasa.



Nasi ayam Penyet

Pada 30.7.2010 saya telah mencuba buat satu masakan indonesia yang katanya sangat popular di beberapa tempat di Malaysia. Puas saya cari resepi di internet dan menjumpai beberapa versi, saya gabung jalinkan resepi ini(pilih yang nudah la he he he).

Resepi Ayam Penyet
http://www.resepi4u.com/2009/03/resepi-ayam-penyet.html

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:
½ camb Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ camb Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 camb Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 camb Serbuk Kari Ayam
1 camb Serbuk Kunyit
½ camb Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm HaliaSedikit Air
1 camt GaramMinyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal-
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.
Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup-
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng-
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.



NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat)
1 batang serai2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang
besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air
batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur
apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka.

Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat
dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan
5 batang lada merah,
3 biji lada padi,
½ sudu teh gula melaka,
1 biji tomato dan
1 sentimeter belacan bakar.
Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Versi saya di entri selepas ini ye. TUNGGU ............

Selasa, Julai 27, 2010

Daging Goreng Pattaya


Hari ni 27.7.2010, saya merancang nak masak daging sebab semalam dah masak ikan.

Hmmmmmm....nak masak apa ek. Buka file resepi saya dalam komputer. cari folder resepi daging. waaaahhhhhh banyak ni. Kita cari yang bahan-bahan nya ada kat rumah. Maka jumpalah resepi ni. Ada beberapa bahan yang tak ada tapi tak pe lah

Resepi ni laaaama dah tersimpan dalam folder saya. Taklah pulak simpan punca resepi ni sebab tak tau pulak saya akan masuk kedunia siber ni. Apa-apa pun terima kasih kepada yang empunya resepi(beritaula saya jika anda tuan punya resepi ya..)

Sedap walau pun ada bahan yang tak de.

Anda semua boleh cuba, tak rugi punya.

DAGING GORENG PATTAYA

Bahan-bahan
500 gm daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Bahan Tumbuk
3 ulas bawang putih
10 batang cili padi
2 batang cili merah

Bahan Perasa
2 camb sos ikan
1 camb sos tiram

Cara-cara
 Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
 Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula dan bawang besar.
 Sebelum diangkat masukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.

Isnin, Julai 26, 2010

Asam Tumis Ikan tenggiri dengan pucuk singkil


Hari ini, masak asam tumis(ada orang kata asam pedas) ikan tenggiri bersama pucuk bebuas. Untuk berbuka bersama ustaz.


Ada orang tak tau apa dia pokok singkil tapi pokok bebuas dia tau. Singkil tu istilah orang jawa kot. Ada yang tak pernah tengok pun pokok ni apalagi merasanya. Sedaaap......Ustaz suka, saya pun suka. Rakan yang datang dan minat nak tanam, saya bagi aje sebab senang nak tanam, pakai batang dia aje.


Resepi campak-campak aje ni



Bahan-bahan:


ikan tenggiri atau ikan apa-apa yang disukai


Bahan kisar
cili kering
kunyit basah
bawang putih
bawang merah


Dititik
halia
lengkuas
Serai


air asam jawa
garam
gula


Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar dan bahan yang dititik hingga naik bau atau pecah minyak.

2. Msukkan ikan, biar sekejap baru masukkan ais asam jawa. Biar ia mendidih

3. Ikan dah masak, masukkan pucuk bebuas. Dah layu, masukkan kan garam dan kacau arah lawan jam.

Nape letak garam lepas tutup api?

Sebab tak nak garam yang bersifat alkali tukar jadi berasid bila terkena punca api.

Nape pulak kena kacau arah lawan jam? Ikut jam, tak sedap eh?

Gerakan arah lawan jam adalah gerakan sunnatullah. Lihat arah orang tawaf kaabah, kaji pergerakan planet-planet semasa mengelilingi bumi.

Masa kecik-kecik dulu, semua bahan kisar tu saya tumbuk.Ketumbar, jintan pun tumbuk. Laaaagi sedap. Dah tua ni , malas dah.

Mungkin ada orang lain dengan cara lain, dan cara saya masak ni mungkin kurang betul(almaklum cikgu matematik aje). Kurang tahu hukum hakam memasak. Tapi yang penting sodaaap.

Selamat mencuba....

Ahad, Julai 18, 2010

Black Pepper Steak

Hari khamis 15.7.2010 saya bercadang masak daging tapi nak try resepi baru. maka saya carilah resepi dalam koleksi saya. maka terjumpa lah resepi yang bahan-bahannya telah ada kat dapur saya.

Hmmmmm........sedap juga walau pun saya tak berapa nak ikut resepi dri segi kuantiti bahan. main cekup-cekup je. kalau ikut betul mesti laaaagi sedap. Cuba lah ye

Dan disebabkan koleksi dah terlalu lama dalam simpanan dan tiada catatan punca resepi, maka saya hanya dapat ucapkan terima kasih kepada yang empunya resepi ini.



BLACK PEPPER STEAK

Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada
serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua.
Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
 Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
 Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
 Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
 Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
 Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
 Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
 Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
 Siap untuk dihidang.

Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.

Ahad, Julai 04, 2010

Biskut Chocolate Treasure

Resepi ini saya ambil dari fp Rinnchan sebab tergoda dengan tulisan Rinn. Rinn pula ambil dari fp mamazieza.

Tapi memanglah, ramai yang suka biskut ni. Tapi nak buatnya cerewet sebab kena melalui banyak fasa.

Fasa pertama: Buat base
Fasa Kedua: Buat topping
Fasa ketiga: Drizzle

Sebab itu, walaupun bahan-bahan agak murah tetapi terpaksa jual mahal sedikit harga kecerewetannya he he he

Tapi nak minta maaf, saya tukar jadi melayu nama dia iaitu Biskut Coklat Harta Karun

CHOCOLATE TREASURE
Base Biscuit:
250gm butter
25 g susu tepung
65 gm gula kastor
250 gm tepung cap ros
65 gm tepung jagung
50 gm koko

Untuk topping:
2 cwn cornflakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs
50 gm golden raisins

Cooking chocolate untuk drizzle

Caracara:
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan susu tepung yg telah diayak terlebih dahulu. Adun sebati dan bulat-bulatkan sebesar guli dan tekan dalam papercup. Bakar pada suhu 175ºC selama 15min - 20min.

2.Untuk topping, cairkan white chocolate dgn menggunakan kaedah double boiler.

3.Tunggu sebentar sehingga agak suam, baru masukkan cornflakes, almond nibs, dan mixed fruits. Jgn masukkan semasa panas2, nanti cornflakes lembik.

4.Gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan. Pastikan jgn terlalu banyak cornflakes nanti tidak melekat.

5.Letakkan topping ke atas biskut.

6.Cairkan coklat masakan warna koko dan masukkan dalam piping bag. Pipe secara drizzle ke atas topping tadi. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Famous Amos

Resepi ini meeeemang benar-benar menghasilkan biskut yang sedap. Saya jumpa ni semasa merayau di alam maya dan terjumpa di Alaf 21 bahagian soal jawab dengan chef Norzailina.

Mula-mula ambil resepi ni, saya tak tau yang ianya adalah biskut yang popular di KL. Simpan laaaaaama dalam fail saya. Pas tu percubaan kali pertama memang tak berapa menjadi rupa dia tu tapi seeeedap juga dan habis masuk dalam mulut kami sekeluarga.

Setiap kali saya buat, saya cuba mengenalpasti kesilapan yang telah saya buat sehingga saya puas dan berani menjualnya. Almaklumlah, saya ni bukan dari lulusan masak-memasak(cikgu matematik). Dan sekarang, biskut ini saya telah jadikan satu produk jualan saya setelah pengubahsuaian dilakukan maka jadilah Famous Ami ala-ala Famous Amos.

Tahun pertama buat, tak menang tangan sebab buat seorang dan kapasiti alatan terlalu minima. Dah lah pertama kali buat bisnes biskut raya, memanglah kelam kelibut.

Lepas raya pun masih lagi ramai yang order semula sebab katanya tak sempat makan dah habis. Sukanya saya.....tapi bukan sebab saya perasan saya pandai buat biskut tapi saya bersyukur sebab Allah menggerakkan hati saya memilih biskut yang memang telah memuaskan hati orang. Kepuasan pembeli adalah kepuasan saya juga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih juga yang telah mengirimkan resepi biskut ini.

BISKUT FAMOUS AMOS
liana liana@bppa.unimas.my
bahan-bahan:
2 cawan mentega
2 cawan gula pasir (fine granulated sugar)
2 cawan gula perang
4 biji telur (saya tak bubuh pun)
2 tsp vanila
4 cawan tepung
2 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk penaik
5 cawan oatmeal
24 oz cip coklat
1 camt garam
18 oz kepingan coklat, dihiris
3 cawan kacang bakar (campur), dicincang

Cara membuatnya:
Putar mentega dan kedua-dua jenis gula hingga ringan.
Masukkan telur dan vanila.
Satukan dengan tepung, oatmeal, garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
Bubuh cip coklat, kepingan coklat dan kacang.
(saya satukan semua bahan kering)
Sudukan bentuk bebola dan atur atas tin pembakar pada jarak 5 cm.
Bakar selama 10-12 min pada suhu 190 C.
(saya bakar 150°C selama 25 – 30 minit)

Tips berdasarkan pengalaman saya semasa mula-mula mencuba resepi ini:
1. Sukat bahan ikut resepi dan tukar kepada sukatan metrik.
2. Buat setengah adun sahaja.
3. Saya campurkan semua bahan kering. Bila dicampurkan campuran butter, saya tak guna mixer , kaup balik sahaja dengan sudip.
4. Saya kurangkan gula sebab agak manis.

Buat beberapa pembaikan mengikut citarasa kita, maka ia akan jadi resepi ekslusif kita khas dari Allah untuk kita.

PERINGATAN:
Resepi ini saya dapat dalam timbangan sistem lama iaitu cawan dan oz. Bagi saya amat sukar jadi dengan usaha sendiri saya menukar kepada gram.

Ada yang bertanya, kenapa tak beri aje yang saya dah tukar kepada gram? Kedekut la tu...
ho ho ho kedekut resepi bukan lah sikap saya. Jadi mengapa beri resepi yang ini? Haaaa

PERTAMA: Ini adalah resepi asal Famous Amos, kalau saya beri yang saya dah tukar, bukanlah resepi Famous Amos.

KEDUA: Saya nak kita semua merasa nikmatnya ilmu yang Allah beri pada kita seorang. Sebab bila kita tukar sendiri timbangan, setiap orang saya pasti akan ada beza timbangannya walaupun sedikit. Dan kadang-kadang kita akan menukar sedikit timbangan ikut selera kita dan orang terdekat kita. Maka itulah resepi yang Allah beri khas pada kita. Istimewa kan....

KETIGA: Rasailah kepuasan dari usaha kita sendiri. Kepuasan ni yang saya rasa ramai yang cari.

Apa-apa cuba dulu, namun jika ada masalah, jangan malu-malu tanya saja saya. mana yang boleh saya bantu. saya baantu, boleh saja kita bertukar pandangan.

Khamis, Mei 20, 2010

Resepi asas donut

Resepi ini juga dari kelas yang sama dengan resepi asas bun

Asas Donut
Bakeri Ria 26 November 2006

Bahan-bahan:
Bahan A
40g 500g tepung roti
75g gula
8g garam
susu tepung
3g baking powder
5g bread improver
1 biji telur A
10g yis
250 ml air sejuk (Lebih kurang 235 gm)

50g margerin

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dan uli hingga menjadi doh kasar dengan kelajuan rendah.
2. Masukkan margerin dan uli lagi dengan kelajuan rendah.
3. Setelah semua agak sebati tambah kelajuan selama 10 minit atau hingga doh menjadi
elastik dan lembut.

Rabu, Mei 19, 2010

Resepi asas aneka bun

Resepi ini saya dapat semasa saya menghadiri kursus pembuatan aneka bun di BakeriRia dengan didikan Chef Ramli. Dengan resepi ni lah saya berniaga roti

Resepi Asas Bun
(Bakeri Ria 26 Nov 2006)

Bahan-bahan:
Bahan A
500 g tepung roti
100 g gula
25 g susu tepung
5 g bread improver (saya tak letak, lembut juga)
10 g garam
1 biji telur
15 g yis
±250 ml air ais

100 gm margerin

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dan uli hingga menjadi doh kasar dengan kelajuan rendah.
2. Masukkan margerin dan uli lagi dengan kelajuan rendah. Setelah semua agak sebati tambah
kelajuan selama 10 minit atau hingga doh menjadi elastik dan lembut.

Jumaat, Mei 14, 2010

Kek Keju Gebu (chilled)

Resepi saya jumpa dalam satu web ..............tak ingat la pulak tapi memang dah lama dah. Saya juga dah cuba buat dan ternyata sedap.

Pernah beri jiran, saja nak bagi rasa. Dan jiran-jiran saya suka terus minta di ajar. Maka saya buatlah satu demo+hands on di rumah jiran saya ni dengan disertai beberapa jiran yang lain.

Saya suka sangat bila saya dapat berkongsi dengan sesuatu yang baik dan menggembirakan dengan orang lain.

Biasanya kek keju, orang buat base samada dengan lapisan kek span atau lapisan biskut. Tapi saya dan keluarga tak berapa suka.

Resepi ni guna gelatin. Pilihlah gelatin halal ye. Nak brand Halagel, boleh hubungi saya.

Terima kasih pada yang empunya resepi ini dan maaf saya lupa asal-usul resepi ini. Jika ada yang tahu, sila beritau saya ye.


KEK KEJU GEBU
Bahan-bahan:

150 ml susu segar

Bahan A
20 g serbuk gelatin halal
60 ml air suam

Bahan B
4 biji kuning telur
150 g gula kastor

Bahan C
250 g krim keju
250 g krim putar (double/whipping cream)
2 camt jus lemon/limau/oren

Cara membuatnya:

1. Larutkan A dan biar 10 minit(guna kaedah double boiler).
2. Pukul B hingga gebu.
3. Panaskan susu segar pada suhu 80 C (tidak mendidih) dan kacau selalu.
4. Perlahankan api, masukkan B dan kacau hingga sebati.
5. Campurkan gelatin tadi dan kacau rata-rata.
6. Pastikan gelatin larut sempurna. Padamkan api, kacau sekali-sekali hingga sejuk.
7. Putar krim keju hingga kembang. Masukkan krim putar, jus limau dan campuran gelatin yang sudah sejuk).
8. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam tin 22 cm. Biar dalam peti sejuk selama 3 jam supaya keras.

Khamis, Mei 13, 2010

Kek Coklat Lembap

Ini adalah resepi yang saya gunakan untuk produk saya.

Sebenarnya resepi ini hasil gabungan dan ubahan dari beberapa resepi dan beberapa percubaan saya juga tunjuk ajar beberapa rakan dan guru saya.

Saya ada jumpa resepi sebegini(tapi lupa kat mana, menggunakan sukatan lama,agak susah bagi saya.

Jadi inilah dia resepi pertama yang saya tunjukkan di sini.

Bahan-bahan:

325 g gula halus
250 ml minyak masak
250 ml susu cair

250 ml air panas (mendidih)

2 biji telur

200 g tepung gandum
80 g serbuk koko
6 g baking powder
6 g soda bikarbonat
Secubit garam

Cara-cara:

1. Pukul susu cair, minyak masak, gula halus hingga sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau lagi.
3. Masukkan telur sebiji sebiji.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan 9”, tutup dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 200ºC selama 1jam 30 minit (bergantung jenis oven) atau hingga masak

Kisah resepi ini:
Asalnya saya dapat resepi ini dari kawan. Tapi dia pesan, jangan bagi kat orang lain. DEngar cerita resepi sedara dia buat untuk berniaga. Jadi, saya rasa dia takut bisnes kek akan terjejas jika orang lain tahu resepi ini.

Masa mula-mula makan kek ni, memang saya suuuuka sangat sebab sedap. maka saya pun dengan tak malunya minta resepi ni sebab saya tak tau ada orang yang yang nak rahsia resepi. Alhamdulillah dia nak beri, lepas tu baru saya tahu, resepi ni kena dirahsiakan. Saya hormat dengan prinsip orang lain, maka saya kenalah rahsiakan.

Namun dengan usaha saya melalui internet, saya jumpa beberpa resepi yang SAMA dan hampir sama dengan resepi kawan saya ni. Saya pun cuba-cuba dan derhaka sikit, ubah-ubah sikit, maka jadilah resepi di atas.

Bagi saya dalam bentuk lebih menyenangkan. Guna cawan ni agak leceh sebab tak semua orang ada sukatan cawan bakeri ni. Tapi ada juga orang yang bila minta saya resepi ni, dia inta pulak beri yang menggunakan cawan. Aduhhhhh letihlah saya nak menukarkan balik kepada cawan kan.

Maka, carilah sedikit kepuasan dengan usaha sedikit ye kawan-kawan.

Salam pembuka kata

Assalamualaikum semua.

Blog ini dibuka hanyalah sekadar merekodkan himpunan resepi yang saya ada agar ia tidak hilang jika ada apa-apayang berlaku pada komputer saya.

Semua resepi yang akan dipaparkan,insyaAllah akan saya nyatakan rujukan asalnya sebagai tanda terimakasih kerana sudi berkongsi pada saya dan semua penguna internet.

Jika himpunan resepi adalah yang telah lama saya simpan tanpa perujuknya,akak saya beritau kebenarannya nanti

Harap paparan resepi-resepi disini dapat membantu semua orang