Selasa, Oktober 04, 2011

Kek Marble Dulce De Leche

Sumber: Noraslinda Bugal


Bahan-bahan

250g buttercup

½cwn(123g) gula kastor

1 tsp vanilla

1 cwn(325g) Dulce De Lech


Ayak bersama

2 cwn (270g) tepung gandum

1 ½tsp(6g) baking powder

4 biji telur - pukul di dalam satu bekas

2 tbsp(20g) serbuk koko dibancuh dgn sedikit susu cair(dijadikan koko paste)

Cara membuatnya:

1. Pukul buttercup dan gula hingga kembang

2. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi

3. Masukkan Dulce De Leche sambil adunan dipukul hingga sebati

4. Perlahankan mixer, masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga adunan

sebati

5. Masukkan telur yg telah dipukul tadi ke dalam adunan tepung tadi. Pukul sebati dgn kelajuan rendah

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan asal dan satu adunan dimasukkan koko paste tadi

7. Sediakan loyang yg telah digris dan dialas dgn kertas. Tuang satu senduk adunan asal di tengah2 loyang,diikuti

adunan koko di atas adunan asal tadi. Buat berselang-seli sehingga adunan habis.

8. Bakar di dalam oven(panaskan oven terlebih dahulu). Saya guna suhu 180°C api bawah(bergantung pada oven

masing2).

9. Cucuk kek dgn lidi,bila lidi bersih ketika ditarik,maknanya kek dah masak. Biarkan kek di dalam oven sebentar

sebelum dikuarkan

Bahan-bahan(untuk Dulce De Leche)

1 tin susu pekat manis

Air secukupnya

Cara membuatnya

Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut

Masukkan tin susu tersebut ke dalam rice cooker dan tambah air paip

Pastikan air tu menenggelamkan tin susu tersebut

On kan rice cooker dan rebus selama 3 jam

Masa rebus ni jangan tertido pulak,nanti hangus periuk tu

Bila air dah berkurang,tambah air panas

Saya tambah 2 kali air panas masa buat ni

Kalo nak jimat masak la 2 @ 3 tin susu sekaligus

Bila dah cukup 3 jam,biar sejuk sikit baru kuarkan dari rice cooker

Biar betul2 sejuk baru buka tin dan masukkan Dulce De Leche ni ke dalam bekas kedap udara/tupperware

Simpan dalam peti sejuk

Dulche De Leche ni juga boleh dimasukkan ke dalam minuman dan disapukan pada roti/biskut

Rabu, September 14, 2011

Waffle

(Resipe Pensonic yg dishare di www.resepirrrecipe.com)

Bahan-bahan

* 2 biji telur (asingkan putih & kuning)

* 1 ½cawan susu segar(saya guna susu cair)

* ½cawan minyak sayur (saya guna 125g pure butter)

* 1¾ cawan tepung gandum (tambah ½ cwn tepung jagung)

* 1 tbsp baking powder

* 1 tbsp gula halus (saya buat 2 cb – lagi sedap)

* 1 tsp garam

Cara-cara

* Pukul putih telur hingga kembang (stiff but not dry).

Ketepikan

* Dalam bowl lain, pukul kuning telur hingga agak pekat.

* Campurkan susu dan minyak dalam kuning telur.

* Masukkan pula bahan2 kering. Gaul rata.

* Akhir sekali masukkan putih telur tadi. Kaup balikkan.

* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).

* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos,

peanut butter, etc.


Saya lebih suka guna resepi ini, lagi rangup. Boleh tambah setengan cawan tepung gandum untuk lebih rangup.

sumber:http://lizcookies.wordpress.com/2009/01/

Jumaat, September 02, 2011

PUDING LAPIS KARAMEL

Sumber: http://kurniaanmu.blogspot.com/2009/11/puding-lapis-karamel.html

Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )

  • Bahan A :
  • https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp4Lhg0i_9x57cjFtdSRPo4sCSKCmfJspKPQcC_HTZkbe-OZ4QYTYTkI23Qm5MPkgpYiX9Z3Do7rUcX2Kprc8hm4i_aq7M1dzps25P0hy3Sm17FBuaiUCjxRdSBdUJPJ0w2QJ49uX7Va1O/s400/DSC_1791.JPG1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan B :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
  • Bahan C :
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara

1. Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.

3. Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.

4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.

5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.

6. Potong dan Hidang


*Gambar diatas adalah gambar asal dari sumber resepi ini.

* Saya menggunakan loyang 7 x 7 inci