Hari khamis 15.7.2010 saya bercadang masak daging tapi nak try resepi baru. maka saya carilah resepi dalam koleksi saya. maka terjumpa lah resepi yang bahan-bahannya telah ada kat dapur saya.
Hmmmmm........sedap juga walau pun saya tak berapa nak ikut resepi dri segi kuantiti bahan. main cekup-cekup je. kalau ikut betul mesti laaaagi sedap. Cuba lah ye
Dan disebabkan koleksi dah terlalu lama dalam simpanan dan tiada catatan punca resepi, maka saya hanya dapat ucapkan terima kasih kepada yang empunya resepi ini.
BLACK PEPPER STEAK
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada
serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua.
Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
Yam Cake Recipe
9 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan