Resepi ini meeeemang benar-benar menghasilkan biskut yang sedap. Saya jumpa ni semasa merayau di alam maya dan terjumpa di Alaf 21 bahagian soal jawab dengan chef Norzailina.
Mula-mula ambil resepi ni, saya tak tau yang ianya adalah biskut yang popular di KL. Simpan laaaaaama dalam fail saya. Pas tu percubaan kali pertama memang tak berapa menjadi rupa dia tu tapi seeeedap juga dan habis masuk dalam mulut kami sekeluarga.
Setiap kali saya buat, saya cuba mengenalpasti kesilapan yang telah saya buat sehingga saya puas dan berani menjualnya. Almaklumlah, saya ni bukan dari lulusan masak-memasak(cikgu matematik). Dan sekarang, biskut ini saya telah jadikan satu produk jualan saya setelah pengubahsuaian dilakukan maka jadilah Famous Ami ala-ala Famous Amos.
Tahun pertama buat, tak menang tangan sebab buat seorang dan kapasiti alatan terlalu minima. Dah lah pertama kali buat bisnes biskut raya, memanglah kelam kelibut.
Lepas raya pun masih lagi ramai yang order semula sebab katanya tak sempat makan dah habis. Sukanya saya.....tapi bukan sebab saya perasan saya pandai buat biskut tapi saya bersyukur sebab Allah menggerakkan hati saya memilih biskut yang memang telah memuaskan hati orang. Kepuasan pembeli adalah kepuasan saya juga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih juga yang telah mengirimkan resepi biskut ini.
BISKUT FAMOUS AMOS
liana liana@bppa.unimas.my
bahan-bahan:
2 cawan mentega
2 cawan gula pasir (fine granulated sugar)
2 cawan gula perang
4 biji telur (saya tak bubuh pun)
2 tsp vanila
4 cawan tepung
2 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk penaik
5 cawan oatmeal
24 oz cip coklat
1 camt garam
18 oz kepingan coklat, dihiris
3 cawan kacang bakar (campur), dicincang
Cara membuatnya:
Putar mentega dan kedua-dua jenis gula hingga ringan.
Masukkan telur dan vanila.
Satukan dengan tepung, oatmeal, garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
Bubuh cip coklat, kepingan coklat dan kacang.
(saya satukan semua bahan kering)
Sudukan bentuk bebola dan atur atas tin pembakar pada jarak 5 cm.
Bakar selama 10-12 min pada suhu 190 C.
(saya bakar 150°C selama 25 – 30 minit)
Tips berdasarkan pengalaman saya semasa mula-mula mencuba resepi ini:
1. Sukat bahan ikut resepi dan tukar kepada sukatan metrik.
2. Buat setengah adun sahaja.
3. Saya campurkan semua bahan kering. Bila dicampurkan campuran butter, saya tak guna mixer , kaup balik sahaja dengan sudip.
4. Saya kurangkan gula sebab agak manis.
Buat beberapa pembaikan mengikut citarasa kita, maka ia akan jadi resepi ekslusif kita khas dari Allah untuk kita.
PERINGATAN:
Resepi ini saya dapat dalam timbangan sistem lama iaitu cawan dan oz. Bagi saya amat sukar jadi dengan usaha sendiri saya menukar kepada gram.
Ada yang bertanya, kenapa tak beri aje yang saya dah tukar kepada gram? Kedekut la tu...
ho ho ho kedekut resepi bukan lah sikap saya. Jadi mengapa beri resepi yang ini? Haaaa
PERTAMA: Ini adalah resepi asal Famous Amos, kalau saya beri yang saya dah tukar, bukanlah resepi Famous Amos.
KEDUA: Saya nak kita semua merasa nikmatnya ilmu yang Allah beri pada kita seorang. Sebab bila kita tukar sendiri timbangan, setiap orang saya pasti akan ada beza timbangannya walaupun sedikit. Dan kadang-kadang kita akan menukar sedikit timbangan ikut selera kita dan orang terdekat kita. Maka itulah resepi yang Allah beri khas pada kita. Istimewa kan....
KETIGA: Rasailah kepuasan dari usaha kita sendiri. Kepuasan ni yang saya rasa ramai yang cari.
Apa-apa cuba dulu, namun jika ada masalah, jangan malu-malu tanya saja saya. mana yang boleh saya bantu. saya baantu, boleh saja kita bertukar pandangan.
Rye and Buckwheat Bread with Currants
Seminggu yang lalu
buat penambahbaikan. dan resepi hakmilik kite. ? thats plagiarism. tuka sane sini sket. terus nk ckp tu resepi awk?
BalasPadam| kann..
PadamHo ho ho bukan maksud saya menjadi hak milik mutlak saya. Saya tahu semua tu hak Allah.
BalasPadamApa yang saya maksudkan ialah resepi tu ekslusif Allah ilhamkan kat kita, special utk kita.
Saya pun tak pernah rahisakan resepi tu dari sesiapa. Yang tanya, saya akan jawab. Pernah juga saya bagi sebiji-sebiji resepi saya tukar unit timbangan akhirnya tak sesuai dgn dia. Sbb tu saya lebih suka kita cuba sendiri dan Allah akan ilhamkan khas utk kita.
Buat penambahbaikan mengikut citarasa kita bukan saya maksudkan resepi asal tak bagus tetapi baik ikut lidah kita. Sedap tu subjektif, lain orang lain citarasanya. A kata sedap, B kata lain pulak. Itu lah maksud saya
Agak sedeh juga apabila membaca respon anda tapi tak mengapalah sebab anda tidak mengenal siapa saya.
Namun jika saya benar-benar salah moga Allah mengampuni saya.
actually saya tak tukar apa pun cuma tukar unit timbangan je. Malu jugak nak mengaku tu resepi kita.
BalasPadam