Jumaat, Mei 14, 2010

Kek Keju Gebu (chilled)

Resepi saya jumpa dalam satu web ..............tak ingat la pulak tapi memang dah lama dah. Saya juga dah cuba buat dan ternyata sedap.

Pernah beri jiran, saja nak bagi rasa. Dan jiran-jiran saya suka terus minta di ajar. Maka saya buatlah satu demo+hands on di rumah jiran saya ni dengan disertai beberapa jiran yang lain.

Saya suka sangat bila saya dapat berkongsi dengan sesuatu yang baik dan menggembirakan dengan orang lain.

Biasanya kek keju, orang buat base samada dengan lapisan kek span atau lapisan biskut. Tapi saya dan keluarga tak berapa suka.

Resepi ni guna gelatin. Pilihlah gelatin halal ye. Nak brand Halagel, boleh hubungi saya.

Terima kasih pada yang empunya resepi ini dan maaf saya lupa asal-usul resepi ini. Jika ada yang tahu, sila beritau saya ye.


KEK KEJU GEBU
Bahan-bahan:

150 ml susu segar

Bahan A
20 g serbuk gelatin halal
60 ml air suam

Bahan B
4 biji kuning telur
150 g gula kastor

Bahan C
250 g krim keju
250 g krim putar (double/whipping cream)
2 camt jus lemon/limau/oren

Cara membuatnya:

1. Larutkan A dan biar 10 minit(guna kaedah double boiler).
2. Pukul B hingga gebu.
3. Panaskan susu segar pada suhu 80 C (tidak mendidih) dan kacau selalu.
4. Perlahankan api, masukkan B dan kacau hingga sebati.
5. Campurkan gelatin tadi dan kacau rata-rata.
6. Pastikan gelatin larut sempurna. Padamkan api, kacau sekali-sekali hingga sejuk.
7. Putar krim keju hingga kembang. Masukkan krim putar, jus limau dan campuran gelatin yang sudah sejuk).
8. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam tin 22 cm. Biar dalam peti sejuk selama 3 jam supaya keras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan