Selasa, Ogos 10, 2010

Kek Lobak Merah




Pada 7.8.2010 saya telah mencuba resepi ini, dah pernah buat dulu, ni nak ulangkaji dan nak perabih bahan yang ada kat rumah, takut rosak terutama walnut yang mahal tu. Dah buat tu jadi banyaklah pulak. Saya dengan ustaz aje kat rumah.


Maka pada hari semlam Isnin 9.8.2010 saya pun menghibahkan kepada rakan-rakan saya iaitu Zura SK Bdr Jengka sebab memang nak jumpa dia,(diliver CMCC drizzle, kawan -kawan Ustaz di UiTM dan anak-anak di maahad (Muna dan Lina).

Hmmm habih semua saya bagi kat orang, tak tinggal sikit puin kat rumah. Seronok dapat beri orang makan apa yang kita buat. Namun saya agak terkilan sebab tak sempat nak buat kek KUkus Buah Basah untuk diberi rakan dan taulan.

BEST CARROT CAKE EVER
Resepi Diana - AllRecepi

Bahan-bahannya

4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen vanilla

1 cawan nenas, dihancurkan dan tapis airnya (Ni saya tak bubuh)

Ayak bersama
3 cawan tepung gandum serbaguna
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
4 sudu teh serbuk kayu manis(Ni pun saya tak bubuh)


6 cawan lobak, diparut
1 cawan gula perang (brown sugar)
Satukan dalam satu bekas( Selepas 1 jam campurkan kismis)

1 cawan kismis

1 cawan kacang walnut, dicincang

Cara-cara:
1. Dalam bekas, campurkan lobak dan gula perang. Ketepikan untuk sejam dan campurkan
bersama kismis.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah C. Sapukan mentega dan salutkan tepung pada dua
loyang pembakar kek berukuran 10 inci.
3. Dalam bekas yang besar, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit,
minyak dan juga esen vanilla.
4. Campurkan nenas.
5. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam, serbuk kayu manis dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan adunan lobak tadi dan kacang walnuts. Tuangkan kedalam loyang kek
dan ratakan.
4. Bakar selama 45- 50 minit dalam ketuhar atau sampai kek masak.

Gunakan lidi untuk cucuk kek dan test sama ada lidi itu bersih. Sejukkan
selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang Bila sejuk boleh dihiaskan
dengan frosting krim keju.

Ulasan peribadi:
Sedap dan lembap. Tak manis sangat, sedang elok aje.
Saya ikut suhu yang disarankan tetapi mungkin sebab ia tebal(saya guna loyang empat segi 9 x 9 inci) dia tak masak lagi kat dalam. jadi saya naikkan suhu hingga 185 darjah kot dan tambah dalam 20 minit lagi. Kulit atas jadi agak kering. Lepas ni kena laras kan suhu yang betul.
Apa-apa pun memang kek ni sedap

Sekarang saya buat setengah adun dan bakar dalam loyang 7 x 7 inci di bawah suhu 175Cc selama 45 - 50 minit. Alhamdulillah OK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan