Rabu, September 14, 2011

Waffle

(Resipe Pensonic yg dishare di www.resepirrrecipe.com)

Bahan-bahan

* 2 biji telur (asingkan putih & kuning)

* 1 ½cawan susu segar(saya guna susu cair)

* ½cawan minyak sayur (saya guna 125g pure butter)

* 1¾ cawan tepung gandum (tambah ½ cwn tepung jagung)

* 1 tbsp baking powder

* 1 tbsp gula halus (saya buat 2 cb – lagi sedap)

* 1 tsp garam

Cara-cara

* Pukul putih telur hingga kembang (stiff but not dry).

Ketepikan

* Dalam bowl lain, pukul kuning telur hingga agak pekat.

* Campurkan susu dan minyak dalam kuning telur.

* Masukkan pula bahan2 kering. Gaul rata.

* Akhir sekali masukkan putih telur tadi. Kaup balikkan.

* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).

* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos,

peanut butter, etc.


Saya lebih suka guna resepi ini, lagi rangup. Boleh tambah setengan cawan tepung gandum untuk lebih rangup.

sumber:http://lizcookies.wordpress.com/2009/01/

Jumaat, September 02, 2011

PUDING LAPIS KARAMEL

Sumber: http://kurniaanmu.blogspot.com/2009/11/puding-lapis-karamel.html

Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )

  • Bahan A :
  • https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp4Lhg0i_9x57cjFtdSRPo4sCSKCmfJspKPQcC_HTZkbe-OZ4QYTYTkI23Qm5MPkgpYiX9Z3Do7rUcX2Kprc8hm4i_aq7M1dzps25P0hy3Sm17FBuaiUCjxRdSBdUJPJ0w2QJ49uX7Va1O/s400/DSC_1791.JPG1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan B :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
  • Bahan C :
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara

1. Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.

3. Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.

4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.

5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.

6. Potong dan Hidang


*Gambar diatas adalah gambar asal dari sumber resepi ini.

* Saya menggunakan loyang 7 x 7 inci