Isnin, Februari 28, 2011

Kek Oren Lembap Mak Dara

Kek Oren Lembap Mak Dara

Bahan-bahan:

250g butter / margerin

200g gula

3 biji telur

200g tepung naik sendiri

1 biji limau Sunkist diambil jusnya dan diparut kulitnya.

Cara Membuat:

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji sebiji.

3. Masukkan tepung berselang seli dengan jus limau + parutan kulit limau.

4. Bakar (9" acuan bulat, 8"x8" acuan empat segi) bawah suhu 160°C selama 45 minit atau

sehingga masak.Bergantung dengan hukum oven kita ya.