Khamis, Mei 13, 2010

Kek Coklat Lembap

Ini adalah resepi yang saya gunakan untuk produk saya.

Sebenarnya resepi ini hasil gabungan dan ubahan dari beberapa resepi dan beberapa percubaan saya juga tunjuk ajar beberapa rakan dan guru saya.

Saya ada jumpa resepi sebegini(tapi lupa kat mana, menggunakan sukatan lama,agak susah bagi saya.

Jadi inilah dia resepi pertama yang saya tunjukkan di sini.

Bahan-bahan:

325 g gula halus
250 ml minyak masak
250 ml susu cair

250 ml air panas (mendidih)

2 biji telur

200 g tepung gandum
80 g serbuk koko
6 g baking powder
6 g soda bikarbonat
Secubit garam

Cara-cara:

1. Pukul susu cair, minyak masak, gula halus hingga sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau lagi.
3. Masukkan telur sebiji sebiji.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan 9”, tutup dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 200ÂșC selama 1jam 30 minit (bergantung jenis oven) atau hingga masak

Kisah resepi ini:
Asalnya saya dapat resepi ini dari kawan. Tapi dia pesan, jangan bagi kat orang lain. DEngar cerita resepi sedara dia buat untuk berniaga. Jadi, saya rasa dia takut bisnes kek akan terjejas jika orang lain tahu resepi ini.

Masa mula-mula makan kek ni, memang saya suuuuka sangat sebab sedap. maka saya pun dengan tak malunya minta resepi ni sebab saya tak tau ada orang yang yang nak rahsia resepi. Alhamdulillah dia nak beri, lepas tu baru saya tahu, resepi ni kena dirahsiakan. Saya hormat dengan prinsip orang lain, maka saya kenalah rahsiakan.

Namun dengan usaha saya melalui internet, saya jumpa beberpa resepi yang SAMA dan hampir sama dengan resepi kawan saya ni. Saya pun cuba-cuba dan derhaka sikit, ubah-ubah sikit, maka jadilah resepi di atas.

Bagi saya dalam bentuk lebih menyenangkan. Guna cawan ni agak leceh sebab tak semua orang ada sukatan cawan bakeri ni. Tapi ada juga orang yang bila minta saya resepi ni, dia inta pulak beri yang menggunakan cawan. Aduhhhhh letihlah saya nak menukarkan balik kepada cawan kan.

Maka, carilah sedikit kepuasan dengan usaha sedikit ye kawan-kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan