Khamis, Mei 20, 2010

Resepi asas donut

Resepi ini juga dari kelas yang sama dengan resepi asas bun

Asas Donut
Bakeri Ria 26 November 2006

Bahan-bahan:
Bahan A
40g 500g tepung roti
75g gula
8g garam
susu tepung
3g baking powder
5g bread improver
1 biji telur A
10g yis
250 ml air sejuk (Lebih kurang 235 gm)

50g margerin

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dan uli hingga menjadi doh kasar dengan kelajuan rendah.
2. Masukkan margerin dan uli lagi dengan kelajuan rendah.
3. Setelah semua agak sebati tambah kelajuan selama 10 minit atau hingga doh menjadi
elastik dan lembut.

Rabu, Mei 19, 2010

Resepi asas aneka bun

Resepi ini saya dapat semasa saya menghadiri kursus pembuatan aneka bun di BakeriRia dengan didikan Chef Ramli. Dengan resepi ni lah saya berniaga roti

Resepi Asas Bun
(Bakeri Ria 26 Nov 2006)

Bahan-bahan:
Bahan A
500 g tepung roti
100 g gula
25 g susu tepung
5 g bread improver (saya tak letak, lembut juga)
10 g garam
1 biji telur
15 g yis
±250 ml air ais

100 gm margerin

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dan uli hingga menjadi doh kasar dengan kelajuan rendah.
2. Masukkan margerin dan uli lagi dengan kelajuan rendah. Setelah semua agak sebati tambah
kelajuan selama 10 minit atau hingga doh menjadi elastik dan lembut.

Jumaat, Mei 14, 2010

Kek Keju Gebu (chilled)

Resepi saya jumpa dalam satu web ..............tak ingat la pulak tapi memang dah lama dah. Saya juga dah cuba buat dan ternyata sedap.

Pernah beri jiran, saja nak bagi rasa. Dan jiran-jiran saya suka terus minta di ajar. Maka saya buatlah satu demo+hands on di rumah jiran saya ni dengan disertai beberapa jiran yang lain.

Saya suka sangat bila saya dapat berkongsi dengan sesuatu yang baik dan menggembirakan dengan orang lain.

Biasanya kek keju, orang buat base samada dengan lapisan kek span atau lapisan biskut. Tapi saya dan keluarga tak berapa suka.

Resepi ni guna gelatin. Pilihlah gelatin halal ye. Nak brand Halagel, boleh hubungi saya.

Terima kasih pada yang empunya resepi ini dan maaf saya lupa asal-usul resepi ini. Jika ada yang tahu, sila beritau saya ye.


KEK KEJU GEBU
Bahan-bahan:

150 ml susu segar

Bahan A
20 g serbuk gelatin halal
60 ml air suam

Bahan B
4 biji kuning telur
150 g gula kastor

Bahan C
250 g krim keju
250 g krim putar (double/whipping cream)
2 camt jus lemon/limau/oren

Cara membuatnya:

1. Larutkan A dan biar 10 minit(guna kaedah double boiler).
2. Pukul B hingga gebu.
3. Panaskan susu segar pada suhu 80 C (tidak mendidih) dan kacau selalu.
4. Perlahankan api, masukkan B dan kacau hingga sebati.
5. Campurkan gelatin tadi dan kacau rata-rata.
6. Pastikan gelatin larut sempurna. Padamkan api, kacau sekali-sekali hingga sejuk.
7. Putar krim keju hingga kembang. Masukkan krim putar, jus limau dan campuran gelatin yang sudah sejuk).
8. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam tin 22 cm. Biar dalam peti sejuk selama 3 jam supaya keras.

Khamis, Mei 13, 2010

Kek Coklat Lembap

Ini adalah resepi yang saya gunakan untuk produk saya.

Sebenarnya resepi ini hasil gabungan dan ubahan dari beberapa resepi dan beberapa percubaan saya juga tunjuk ajar beberapa rakan dan guru saya.

Saya ada jumpa resepi sebegini(tapi lupa kat mana, menggunakan sukatan lama,agak susah bagi saya.

Jadi inilah dia resepi pertama yang saya tunjukkan di sini.

Bahan-bahan:

325 g gula halus
250 ml minyak masak
250 ml susu cair

250 ml air panas (mendidih)

2 biji telur

200 g tepung gandum
80 g serbuk koko
6 g baking powder
6 g soda bikarbonat
Secubit garam

Cara-cara:

1. Pukul susu cair, minyak masak, gula halus hingga sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau lagi.
3. Masukkan telur sebiji sebiji.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan 9”, tutup dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 200ÂșC selama 1jam 30 minit (bergantung jenis oven) atau hingga masak

Kisah resepi ini:
Asalnya saya dapat resepi ini dari kawan. Tapi dia pesan, jangan bagi kat orang lain. DEngar cerita resepi sedara dia buat untuk berniaga. Jadi, saya rasa dia takut bisnes kek akan terjejas jika orang lain tahu resepi ini.

Masa mula-mula makan kek ni, memang saya suuuuka sangat sebab sedap. maka saya pun dengan tak malunya minta resepi ni sebab saya tak tau ada orang yang yang nak rahsia resepi. Alhamdulillah dia nak beri, lepas tu baru saya tahu, resepi ni kena dirahsiakan. Saya hormat dengan prinsip orang lain, maka saya kenalah rahsiakan.

Namun dengan usaha saya melalui internet, saya jumpa beberpa resepi yang SAMA dan hampir sama dengan resepi kawan saya ni. Saya pun cuba-cuba dan derhaka sikit, ubah-ubah sikit, maka jadilah resepi di atas.

Bagi saya dalam bentuk lebih menyenangkan. Guna cawan ni agak leceh sebab tak semua orang ada sukatan cawan bakeri ni. Tapi ada juga orang yang bila minta saya resepi ni, dia inta pulak beri yang menggunakan cawan. Aduhhhhh letihlah saya nak menukarkan balik kepada cawan kan.

Maka, carilah sedikit kepuasan dengan usaha sedikit ye kawan-kawan.

Salam pembuka kata

Assalamualaikum semua.

Blog ini dibuka hanyalah sekadar merekodkan himpunan resepi yang saya ada agar ia tidak hilang jika ada apa-apayang berlaku pada komputer saya.

Semua resepi yang akan dipaparkan,insyaAllah akan saya nyatakan rujukan asalnya sebagai tanda terimakasih kerana sudi berkongsi pada saya dan semua penguna internet.

Jika himpunan resepi adalah yang telah lama saya simpan tanpa perujuknya,akak saya beritau kebenarannya nanti

Harap paparan resepi-resepi disini dapat membantu semua orang