Sabtu, Mei 14, 2011

Kek Karamel

Alhamdulillah pada 12.5.2011 (Khamis) saya dengan sedaya upaya telah mencuba resepi ini. Dah lama nak buat cuma tak sempat je. Disebabkan esok nak pi ngekor ustaz ke UiTM Jengka, sambil nak jenguk anak-panak, saya gagahkan juga buat.

Kata ustaz, sedaaapppp.

Anak-anak pun kaya sedap.

Saya????? Memang sedap tapi saya masih tak puas hati. nak cuba lagi nanti......

Gambar????? tak de sebab tak sempat ha ha ha dah habissssss

Ambil resepi ni dari fb kongsi resepi. Terima kasih yang empunya resepi yaaaa....

Kek Karamel

Munira Baharum-kongsi resepi


Bahan-bahan A:
2 tbsb gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang 7 x 7 dan masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna

tukar jd perang

Bahan-bahan B - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 tsp esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
* Kacau semua perlahan2...jangan bagi berbuih2...nanti tak jadi karamelnye...
tuangkan ke atas lapisan caramel.


Bahan-bahan C - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 tap baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk
*pukul semuanya


Bahan-bahan D - Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 tsp krim of tartar (guna sudu KFC)
*pukul sampai kembang dan bila kita angkat dia tak jatuh...

campurkan dengan bahan C dan gaul dengan senduk hingga sebati..

*Bahagikan kepada beberapa dan warnakan jika mahu.
* masukkan kedalam loyang tadi

*Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160°C-180°C
*Bila masak angkat dan rehatkan selama 10 minit baru terbalikkan kek yang dibakar

tadi...
*Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1jam dan hidangkan sejuk...sedap...

**tahan dlm peti ais 5 hari tau....


Selamat mencuba

Selasa, Mei 10, 2011

Kek Alunan kasih


Hari Sabtu lepas, 7.5.2011, saya mencuba buat kek ini. Dah lama nak cuba buat, sebab ramai orang kata sedap. Agaknya, cerita kek ini dah basi, saya yang ketinggalan zaman. Maka dengan semangat berkobar-kobar, saya pun mencubanya. Alhamdulillah jadi cuma kek dia agak kering. Bukan salah resepi, saya yang memang tak ada asas membaking yang tak pandai buat. InsyaAllah lain kali cuba lagi. Namun kawan-kawan yang mencuba makan kek ini, kata sedap. Alhamdulillah.

Saya ambil resepi ni dari sini: Namun asal kek ni katanya dari Fb kongsi resepi tapi tak ingat sapa tuan punyanya. Nanti cek balik.

Kek Alunan Kasih

Bahan-bahannya

5 biji telur
250g butter

ayak bersama

2 ½ cwn tepung gandum
1 tsp baking powder

2 cwn gula halus
½ cwn susu cair
1 tsp esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
Sebuk koko (secukupnya)
Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara-cara:
1. Pukul planta dan gula smpai kembang...
2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
8. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Nota:
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & merapatkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik

Waffle

Sebenarnya dah beberapa kali saya buat waffle ni Dalam kerangka ujian, cuba dan jaya lagi ni. Sehingga takat ni, saya rasa resepi ini yang serasi dengan tekak saya. Rangupnya,yang penting tu.(Yang merah, versi saya buat ye)


WAFFLE PUTIH

(Resipe Pensonic yg dishare di www.resepirrrecipe.com)

Bahan-bahan

* 2 biji telur (asingkan putih & kuning)

* 1 ½cawan susu segar

* ½cawan minyak sayur (saya guna minyak biasa je)

* 1 ¾cawan tepung gandum

* 1 tbsp baking powder(saya buh 2 sudu teh)

* 1 tbsp gula halus (saya buat 3 sudu besar)

* 1 tsp garam

Cara-cara

* Pukul putih telur hingga kembang (stiff but not dry). Ketepikan

* Dalam bowl lain, pukul kuning telur hingga agak pekat.

* Campurkan susu dan minyak dalam kuning telur.

* Masukkan pula bahan2 kering. Gaul rata.

* Akhir sekali masukkan putih telur tadi. Kaup balikkan.

* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).

* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.

Resepi ini saya ambil dari sini:


Gambar ?????? Tak sempat ambil sebab, keluar dari waffle maker, terus sapu filling terus ngappp ha ha ha

Ayam masak cencaluk

Tadi tengok rancangan Dapur Nyonya, Florence bagi resepi Ayam Masak Cencaluk. Nampak macam senang je


Bahan-bahan:

Bahan Kisar
Serai
Bawang
Kunyit

Ayam

cencaluk
air asam
gula
garam

lada benggala
kacang peas(kalau tak silap la)

Cara-cara:
1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. masukkan ayam, kacau dan masukkan cencaluk
3. Masukkan air asam, gula. Renihkan hingga agak pekat masukkan ladan benggala dan kacang peas.

Boleh cuba. Kuantiti bahan, agak-agak la ye. Nampak macam sedap dan senang je.

Isnin, Februari 28, 2011

Kek Oren Lembap Mak Dara

Kek Oren Lembap Mak Dara

Bahan-bahan:

250g butter / margerin

200g gula

3 biji telur

200g tepung naik sendiri

1 biji limau Sunkist diambil jusnya dan diparut kulitnya.

Cara Membuat:

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji sebiji.

3. Masukkan tepung berselang seli dengan jus limau + parutan kulit limau.

4. Bakar (9" acuan bulat, 8"x8" acuan empat segi) bawah suhu 160°C selama 45 minit atau

sehingga masak.Bergantung dengan hukum oven kita ya.

Rabu, Januari 19, 2011

Bluberry Cheese Tart - Rinnchan

Saya buat guna resepi ni minggu lepas dan dia memang sedap......

BLUEBERRY CHEESE TART
Source: Kak Rinchan
Bahan-bahan:

Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila


*Resepi asal separuh drp resepi di atas,
che'pah gandakan dapat 70 tart saiz medium


Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175°C.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling
Source: Kak Mas
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling
1. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
2. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell dan pipekan cheese keatasnya.
3. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat

Blueberry cheese Tart-resepi diana

BLUEBERRY CHEESE TARTS
Resipi ini sumbangan dari Aries,di import dari “Forum Resipi Diana”.


PASTRY
(resepi chef anuar)

160g butter
80g gula castor
sedikit garam
1 st vanilla esen
1/2 biji telur
250gm tepung gandum


Cara:
1. Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4. Tekan doh pada acuan tart.
5. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan...bakar 180°C selama 15 minit. Sejukkan dan lepas tu isi fillingnya dan bakar lagi selama 10 minit. Quite easy...cuba la....


Filling for blueberry cheese tart
(resepi dari 1mas2ra)

250g Philadelphia cream cheese

60g gula caster

20g butter

1 'B' egg

Blueberry filling


Cara:

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.

Masukkan dalam piping beg.

Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.


Nota:Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.