Rabu, Januari 19, 2011

Bluberry Cheese Tart - Rinnchan

Saya buat guna resepi ni minggu lepas dan dia memang sedap......

BLUEBERRY CHEESE TART
Source: Kak Rinchan
Bahan-bahan:

Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila


*Resepi asal separuh drp resepi di atas,
che'pah gandakan dapat 70 tart saiz medium


Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175°C.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling
Source: Kak Mas
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling
1. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
2. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell dan pipekan cheese keatasnya.
3. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat

Blueberry cheese Tart-resepi diana

BLUEBERRY CHEESE TARTS
Resipi ini sumbangan dari Aries,di import dari “Forum Resipi Diana”.


PASTRY
(resepi chef anuar)

160g butter
80g gula castor
sedikit garam
1 st vanilla esen
1/2 biji telur
250gm tepung gandum


Cara:
1. Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4. Tekan doh pada acuan tart.
5. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan...bakar 180°C selama 15 minit. Sejukkan dan lepas tu isi fillingnya dan bakar lagi selama 10 minit. Quite easy...cuba la....


Filling for blueberry cheese tart
(resepi dari 1mas2ra)

250g Philadelphia cream cheese

60g gula caster

20g butter

1 'B' egg

Blueberry filling


Cara:

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.

Masukkan dalam piping beg.

Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.


Nota:Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.