Selasa, Julai 27, 2010

Daging Goreng Pattaya


Hari ni 27.7.2010, saya merancang nak masak daging sebab semalam dah masak ikan.

Hmmmmmm....nak masak apa ek. Buka file resepi saya dalam komputer. cari folder resepi daging. waaaahhhhhh banyak ni. Kita cari yang bahan-bahan nya ada kat rumah. Maka jumpalah resepi ni. Ada beberapa bahan yang tak ada tapi tak pe lah

Resepi ni laaaama dah tersimpan dalam folder saya. Taklah pulak simpan punca resepi ni sebab tak tau pulak saya akan masuk kedunia siber ni. Apa-apa pun terima kasih kepada yang empunya resepi(beritaula saya jika anda tuan punya resepi ya..)

Sedap walau pun ada bahan yang tak de.

Anda semua boleh cuba, tak rugi punya.

DAGING GORENG PATTAYA

Bahan-bahan
500 gm daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Bahan Tumbuk
3 ulas bawang putih
10 batang cili padi
2 batang cili merah

Bahan Perasa
2 camb sos ikan
1 camb sos tiram

Cara-cara
 Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
 Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula dan bawang besar.
 Sebelum diangkat masukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.

Isnin, Julai 26, 2010

Asam Tumis Ikan tenggiri dengan pucuk singkil


Hari ini, masak asam tumis(ada orang kata asam pedas) ikan tenggiri bersama pucuk bebuas. Untuk berbuka bersama ustaz.


Ada orang tak tau apa dia pokok singkil tapi pokok bebuas dia tau. Singkil tu istilah orang jawa kot. Ada yang tak pernah tengok pun pokok ni apalagi merasanya. Sedaaap......Ustaz suka, saya pun suka. Rakan yang datang dan minat nak tanam, saya bagi aje sebab senang nak tanam, pakai batang dia aje.


Resepi campak-campak aje ni



Bahan-bahan:


ikan tenggiri atau ikan apa-apa yang disukai


Bahan kisar
cili kering
kunyit basah
bawang putih
bawang merah


Dititik
halia
lengkuas
Serai


air asam jawa
garam
gula


Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar dan bahan yang dititik hingga naik bau atau pecah minyak.

2. Msukkan ikan, biar sekejap baru masukkan ais asam jawa. Biar ia mendidih

3. Ikan dah masak, masukkan pucuk bebuas. Dah layu, masukkan kan garam dan kacau arah lawan jam.

Nape letak garam lepas tutup api?

Sebab tak nak garam yang bersifat alkali tukar jadi berasid bila terkena punca api.

Nape pulak kena kacau arah lawan jam? Ikut jam, tak sedap eh?

Gerakan arah lawan jam adalah gerakan sunnatullah. Lihat arah orang tawaf kaabah, kaji pergerakan planet-planet semasa mengelilingi bumi.

Masa kecik-kecik dulu, semua bahan kisar tu saya tumbuk.Ketumbar, jintan pun tumbuk. Laaaagi sedap. Dah tua ni , malas dah.

Mungkin ada orang lain dengan cara lain, dan cara saya masak ni mungkin kurang betul(almaklum cikgu matematik aje). Kurang tahu hukum hakam memasak. Tapi yang penting sodaaap.

Selamat mencuba....

Ahad, Julai 18, 2010

Black Pepper Steak

Hari khamis 15.7.2010 saya bercadang masak daging tapi nak try resepi baru. maka saya carilah resepi dalam koleksi saya. maka terjumpa lah resepi yang bahan-bahannya telah ada kat dapur saya.

Hmmmmm........sedap juga walau pun saya tak berapa nak ikut resepi dri segi kuantiti bahan. main cekup-cekup je. kalau ikut betul mesti laaaagi sedap. Cuba lah ye

Dan disebabkan koleksi dah terlalu lama dalam simpanan dan tiada catatan punca resepi, maka saya hanya dapat ucapkan terima kasih kepada yang empunya resepi ini.



BLACK PEPPER STEAK

Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada
serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua.
Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
 Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
 Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
 Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
 Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
 Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
 Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
 Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
 Siap untuk dihidang.

Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.

Ahad, Julai 04, 2010

Biskut Chocolate Treasure

Resepi ini saya ambil dari fp Rinnchan sebab tergoda dengan tulisan Rinn. Rinn pula ambil dari fp mamazieza.

Tapi memanglah, ramai yang suka biskut ni. Tapi nak buatnya cerewet sebab kena melalui banyak fasa.

Fasa pertama: Buat base
Fasa Kedua: Buat topping
Fasa ketiga: Drizzle

Sebab itu, walaupun bahan-bahan agak murah tetapi terpaksa jual mahal sedikit harga kecerewetannya he he he

Tapi nak minta maaf, saya tukar jadi melayu nama dia iaitu Biskut Coklat Harta Karun

CHOCOLATE TREASURE
Base Biscuit:
250gm butter
25 g susu tepung
65 gm gula kastor
250 gm tepung cap ros
65 gm tepung jagung
50 gm koko

Untuk topping:
2 cwn cornflakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs
50 gm golden raisins

Cooking chocolate untuk drizzle

Caracara:
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan susu tepung yg telah diayak terlebih dahulu. Adun sebati dan bulat-bulatkan sebesar guli dan tekan dalam papercup. Bakar pada suhu 175ÂșC selama 15min - 20min.

2.Untuk topping, cairkan white chocolate dgn menggunakan kaedah double boiler.

3.Tunggu sebentar sehingga agak suam, baru masukkan cornflakes, almond nibs, dan mixed fruits. Jgn masukkan semasa panas2, nanti cornflakes lembik.

4.Gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan. Pastikan jgn terlalu banyak cornflakes nanti tidak melekat.

5.Letakkan topping ke atas biskut.

6.Cairkan coklat masakan warna koko dan masukkan dalam piping bag. Pipe secara drizzle ke atas topping tadi. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Famous Amos

Resepi ini meeeemang benar-benar menghasilkan biskut yang sedap. Saya jumpa ni semasa merayau di alam maya dan terjumpa di Alaf 21 bahagian soal jawab dengan chef Norzailina.

Mula-mula ambil resepi ni, saya tak tau yang ianya adalah biskut yang popular di KL. Simpan laaaaaama dalam fail saya. Pas tu percubaan kali pertama memang tak berapa menjadi rupa dia tu tapi seeeedap juga dan habis masuk dalam mulut kami sekeluarga.

Setiap kali saya buat, saya cuba mengenalpasti kesilapan yang telah saya buat sehingga saya puas dan berani menjualnya. Almaklumlah, saya ni bukan dari lulusan masak-memasak(cikgu matematik). Dan sekarang, biskut ini saya telah jadikan satu produk jualan saya setelah pengubahsuaian dilakukan maka jadilah Famous Ami ala-ala Famous Amos.

Tahun pertama buat, tak menang tangan sebab buat seorang dan kapasiti alatan terlalu minima. Dah lah pertama kali buat bisnes biskut raya, memanglah kelam kelibut.

Lepas raya pun masih lagi ramai yang order semula sebab katanya tak sempat makan dah habis. Sukanya saya.....tapi bukan sebab saya perasan saya pandai buat biskut tapi saya bersyukur sebab Allah menggerakkan hati saya memilih biskut yang memang telah memuaskan hati orang. Kepuasan pembeli adalah kepuasan saya juga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih juga yang telah mengirimkan resepi biskut ini.

BISKUT FAMOUS AMOS
liana liana@bppa.unimas.my
bahan-bahan:
2 cawan mentega
2 cawan gula pasir (fine granulated sugar)
2 cawan gula perang
4 biji telur (saya tak bubuh pun)
2 tsp vanila
4 cawan tepung
2 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk penaik
5 cawan oatmeal
24 oz cip coklat
1 camt garam
18 oz kepingan coklat, dihiris
3 cawan kacang bakar (campur), dicincang

Cara membuatnya:
Putar mentega dan kedua-dua jenis gula hingga ringan.
Masukkan telur dan vanila.
Satukan dengan tepung, oatmeal, garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
Bubuh cip coklat, kepingan coklat dan kacang.
(saya satukan semua bahan kering)
Sudukan bentuk bebola dan atur atas tin pembakar pada jarak 5 cm.
Bakar selama 10-12 min pada suhu 190 C.
(saya bakar 150°C selama 25 – 30 minit)

Tips berdasarkan pengalaman saya semasa mula-mula mencuba resepi ini:
1. Sukat bahan ikut resepi dan tukar kepada sukatan metrik.
2. Buat setengah adun sahaja.
3. Saya campurkan semua bahan kering. Bila dicampurkan campuran butter, saya tak guna mixer , kaup balik sahaja dengan sudip.
4. Saya kurangkan gula sebab agak manis.

Buat beberapa pembaikan mengikut citarasa kita, maka ia akan jadi resepi ekslusif kita khas dari Allah untuk kita.

PERINGATAN:
Resepi ini saya dapat dalam timbangan sistem lama iaitu cawan dan oz. Bagi saya amat sukar jadi dengan usaha sendiri saya menukar kepada gram.

Ada yang bertanya, kenapa tak beri aje yang saya dah tukar kepada gram? Kedekut la tu...
ho ho ho kedekut resepi bukan lah sikap saya. Jadi mengapa beri resepi yang ini? Haaaa

PERTAMA: Ini adalah resepi asal Famous Amos, kalau saya beri yang saya dah tukar, bukanlah resepi Famous Amos.

KEDUA: Saya nak kita semua merasa nikmatnya ilmu yang Allah beri pada kita seorang. Sebab bila kita tukar sendiri timbangan, setiap orang saya pasti akan ada beza timbangannya walaupun sedikit. Dan kadang-kadang kita akan menukar sedikit timbangan ikut selera kita dan orang terdekat kita. Maka itulah resepi yang Allah beri khas pada kita. Istimewa kan....

KETIGA: Rasailah kepuasan dari usaha kita sendiri. Kepuasan ni yang saya rasa ramai yang cari.

Apa-apa cuba dulu, namun jika ada masalah, jangan malu-malu tanya saja saya. mana yang boleh saya bantu. saya baantu, boleh saja kita bertukar pandangan.